KOREAPICANTO

Mata

2 April 2012

BANGSA MELAYU SEMAKIN TENAT..

Dalam memperkatakan Gagasan 1 Malaysia yang dibawa oleh YAB PM, jelas sekali perpaduan antara kaum menjadi fokus utama yang ingin dicapai demi menjamin kestabilan dan kemakmuran negara. Tetapi, adakah kemakmuran dan kestabilan ini juga yang dipentingkan oleh rakyat?Adakah rakyat Malaysia kini cukup faham dan mengerti mengapa kestabilan dan kemakmuran negara itu amat penting? tepuk dada, tanyanya lah selera..
Tenat

Apa yang berlaku kini adalah bangsa Melayu sudah semakin tenat..tenat dengan kebusukan hati.tenat dengan riak dan takbur diri..tenat dengan nanah hasad dengki yang sudah membeku..tenat dengan kuman tamak haloba dan pentingkan diri yang membunuh jatidiri seorang bangsa Melayu yang berbudi dan berakhlak tinggi..Sehubungan dengan hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“ Bahawa sesungguhnya umatku akan ditimpa penyakit umat atau penyakit sosial masyarakat. Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah dia penyakit umat itu ya Rasulullah?” Sabdanya, “Iaitu penyakit kufur ni'mat Allah. Penyakit sombong dan bongkak, penyakit tamak haloba, penyakit persaingan sesama sendiri untuk merebut kemewahan dan kemegahan dunia, penyakit benci-membenci dan penyakit hasad dengki hingga berlaku kezaliman dan menimbulkan huru-hara.”

Begitulah penyakit yang menyerang umat Islam di akhir zaman ini, dan itu lah penyakit yang benar-benar telah meracuni bangsa Melayu kini sepertimana yang diterang oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith tersebut. 

UMNO yang diharap dapat membela bangsa, turut telah tercemar dan dijangkiti penyakit ini dengan begitu berleluasa sekali hingga UMNO hilang semangatnya, hilang matlamatnya, hilang segala asas dan nilai murninya..adakah nasib bangsa melayu akan terus terbela dengan adanya penyakit ini yang terus bersarang di hati melayu itu sendiri? sedarlah bangsaku..sedarlah Melayu..masa lalu telah berjaya diharungi,adakah masa depan pasti cerah menanti??? Adakah ungkapan Hang Tuah " Takkan Melayu Hilang Di Dunia " masih bermakna jika Melayu yang ada sudah tiada harga??

Kenanga Indah Jambangan Siapa,
Tersusun Rapi Di dalam Raga,
Bangsaku Alpa Terus Terlupa,
Adakah Warisan Kekal Terjaga
by: aku~bungabangsa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan