KOREAPICANTO

Mata

3 April 2012

Lakaran Transformasi Najib Genap Tiga Tahun Lestarikan Malaysia

Siapa Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak?  Jika persoalan ini dilontarkan kepada rakyat Malaysia tentunya semua lapisan masyarakat mengenalinya; dari kanak-kanak yang masih di alam taman bimbingan sehinggalah kepada warga emas yang telah lanjut usia; dari penghuni desa yang berada jauh di pedalaman menerobos sempadan hinggalah ke ibu kota metropiltan.

Semua mengenalinya bukan hanya dengan karisma dalam kepimpinan seorang Perdana Menteri tetapi apa yang lebih bermakna adalah kerana lakaran transformasi yang direalitikan.

Sesungguhnya, intipati dalam melaksanakan transformasi besar dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian diutamakan bukanlah satu laluan mudah sebagaimana lafaz kata tanpa dikota. Ianya terpatri dengan janji jitu yang dimetrai tekad bagi merialisasikan impian seluruh warga Malaysia iaitu kesatuan dalam melestarikan kepelbagaian.

Tarikh 3 April 2009 telah terpahat dalam lipatan sejarah kerana pada tarikh tersebut, nama Mohd Najib telah diangkat sebagai Perdana Menteri yang keenam menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menyorot sepanjang tiga tahun perjalanan beliau sebagai peneraju kepimpinan Malaysia, terbukti kesinambungan kesejahteraan negara yang berteraskan sistem Raja Berperlembagaan terus disemai dengan Islam dimartabat, bahasa kebangsaan tetap dinobat dan keutamaan kaum bumiputera dipelihara tanpa menyisihkan kepentingan kaum lain.

Enam hari selepas menjadi Perdana Menteri, beliau telah mengumumkan barisan kabinetnya dan mengarahkan setiap Menteri untuk menyediakan Indeks Prestasi Utama (KPI) yang jelas merangkumi perincian tanggungjawab berkaitan tanggungjawab mereka dengan matlamat agar setiap anggotanya benar-benar menggalas amanah sebagaimana yang dimandatkan oleh rakyat.

Rentetan daripada itu, beliau telah mengumumkan KPI enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyatberpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

Bukan itu saja, kesungguhan dalam melakukan transformasi bukan sekadar tertulis dalam media massa tetapi ia disempurnakan dengan keberanian untuk melaksanakan perubahan dari dalam sebagaimana Perlembagaan UMNO dipinda atas niat memastikan parti keramat tersebut terus kukuh, teguh dan dihormati.

Perubahan ini bukan hanya memberi kesan kepada jawatan-jawatan tertinggi parti yang boleh ditandingi malahan untuk jawatan Presiden yang disandangnya juga apabila ia membabitkan perluasan jumlah perwakilan, penghapusan kuota, pertambahan ahli Majlis Tertinggi, ahli jawatankuasa bahagian dan cawangan selain penubuhan jawatankuasa pemilihan UMNO, pendaftaran keahlian dan pengiktirafan kepada setiausaha bahagian.

Jelas sekali, pemimpin berjiwa rakyat adalah sebati dalam kepimpinan Najib yang sentiasa mahu menyelami sendiri kepayahan dan permasalahan masyarakat sehinggakan sanggup turun padang tanpa mengira kawasan sama ada di tengah panas Ibu Kota, bersesak menaiki pengangkutan awam, menjejak denai lecak desa di pedalaman, berbasikal mengelilingi kawasan malahan sanggup berhujan dan berpanas untuk menemui semua masyarakat di akar umbi.

Kesungguhan dalam merasai beban kehidupan rakyat terbukti menular dalam sanubari kepimpinan beliau sehinggakan saban tahun ada saja dasar dan bantuan diberikan sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan Negara yang bermula pada 23 Oktober 2009 dalam pembentangan Bajet 2010 diikuti Bajet 2011 dan seterusnya Bajet 2012.

Saban tahun ada saja ole-ole untuk rakyat diberikan sehinggakan semua peringkat usia mampu mengurut dada dan melepas nafas lega apabila bantuan demi bantuan disalurkan sebagaimana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), baucer buku untuk para pelajar IPT, bantuan persekolahan RM100 untuk setiap anak, subsidi kepada barang-barang keperluan harian dan pelbagai lagi.

Lantaran sikap proaktif pemimpin tersebut, pembangkang tidak pernah senang duduk sehinggakan pelbagai manipulasi dijadikan bahan propaganda.

Lantaran sikap proaktif pemimpin tersebut, pembangkang tidak pernah senang duduk sehinggakan pelbagai manipulasi dijadikan bahan propaganda.

Bukan hanya barisan kepimpinan beliau yang dijadikan bahan serangan malah ahli keluarga dan agenda peribadi beliau turut dijaja dengan kata-kata yang tidak enak walhal ianya tidak sedemikian.

Tidak cukup dengan itu, dugaan ke atas kepimpinan beliau dan Barisan Nasional (BN) amat dirasai khususnya dalam berdepan dengan siri pilihan raya kecil yang bermula di Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau termasuklah Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Terbukti Datuk Seri Najib Tun Razak bukan anak kecil yang mahu dijadikan bahan momokan dalam usaha pembangkang mahu meruntuhkan BN sebaliknya beliau tetap ampuh dan teguh atas prinsip yang didukungnya iaitu mengutamakan kewajipan demi kesejahteraan rakyat sebagaimana slogan 1Malaysia itu sendiri.

Apa lagi yang dimahukan oleh rakyat Malaysia kerana sebuah kerajaan yang adil dengan kepimpinan yang cekap dan teratur telah ada biarpun barangkali ada sedikit ketirisan tetapi ia masih boleh ditampung dan diperbaiki daripada terjebak dengan kemelut pakatan pembangkang yang lebih rela meruntuh daripada membina.

Apa yang pasti, jalan dalam meniti cabaran yang mendepan pemimpin tertinggi negara tidak akan dapat dilalui tanpa usaha dan sokongan bersama khususnya untuk memastikan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13, justeru marilah kita sama-sama berkongsi impian demi masa depan negara. Allahuakhbar!

by: Ropikah Ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan