KOREAPICANTO

Mata

5 April 2012

PAS tetap guna syurga dan neraka

RESPONS Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam Wacana Sinar Harian yang mendakwa Pas melakukan rasuah politik paling tinggi dengan menjanjikan syurga kepada pengundi disokong oleh Dr. Rani dan Ir. Khalid Samad iaitu pemimpin Pas Selangor dengan menyatakan UMNO sejak dulu lagi tidak faham konsep yang dibawa oleh Pas.

Penulis tidak fikir Abdul Rahman mempersoalkan isu syurga dan neraka. Setiap orang Islam Pas dan UMNO tahu bahawa perkara syurga dan neraka harus diimani.

Yang sekian lama diamalkan oleh Pas sewaktu pilihan raya ialah kenyataan iaitu ''undi Pas masuk syurga". Apakah ada hujah syarie menyatakan begitu? Dalam bahasa lain undi UMNO masuk neraka. Apakah ia juga ada hujah syarie?

Ulama, pendakwah dan ilmuan selalunya memberikan batasan syurga dan neraka sebagai peringatan supaya perlakuan dan perbuatan kita harus selari dengan syara'. Yang menentukan syurga dan nerakanya seseorang ialah ketentuan Allah bukan kuasa manusia.

dari jendela tok ki

Tiada ulasan:

Catat Ulasan