KOREAPICANTO

Mata

3 Mei 2012

Kuota Haji Mungkin Dikaji Sebab BERSIH...... Ya Allah ampunkanlah umatmu!!!....

Mengapa Demonstrasi BERSIH 3.0 Di Mekah Dan Madinah Perlu DIKECAM!


Tahun lalu saja kuota jemaah haji dari negara ini dinaikkan kepada 28,000 berbanding 26,000 sebelum ini.

Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan sentiasa berusaha untuk mengemukakan permohonan bagi menambah kuota itu kepada Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi.

Selalunya disebabkan jemaah kita tidak banyak songeh atau dalam erti kata tidak memeningkan kepala pihak pemerintah di sana, ia diluluskan, apatah lagi terdapat pertambahan rakyat di negara ini.

Tetapi satu perkara yang kita kena tahu, kerajaan Arab Saudi sangat sensitif dengan sebarang pergerakan berbentuk ‘bukan ibadah’ di negara mereka, apatah lagi sekiranya ia berbau politik.

Pada 1987, satu perhimpunan besar anjuran jemaah bagi menentang Israel dan Amerika Syarikat (AS) menyebabkan berlakunya pertempuran dengan pihak keselamatan Arab Saudi dengan menyebabkan 402 jemaah, kebanyakan rakyat Iran, meninggal dunia.

Disebabkan itulah, tindakan rakyat Malaysia melancarkan BERSIH 3.0 di Madinah dan Mekah baru-baru ini perlu dikecam kerana silap haribulan, ia akan menyebabkan kerajaan negara itu mengkaji semula kuota jemaah haji yang telah pun mereka berikan kepada kita.

Jangan ingat mereka tidak berhak untuk berbuat demikian, dan sekiranya ini berlaku, ia merupakan satu perkara yang cukup menyedihkan terutamanya kepada mereka yang mempunyai hasrat menggunung tinggi untuk menunaikan salah satu dari rukun Islam itu.

Jangan nafikan hak orang lain semata-mata untuk memuaskan nafsu politik masing-masing!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan