KOREAPICANTO

Mata

4 Mei 2012

Nik Aziz Makin Tertekan, Terperangkap Dalam Rentak Anwar – Nurjazlan


Ketua UMNO Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakod berkata, perkara yang paling tidak fahami apabila Nik Aziz bukan sahaja bersekongkol dengan Anwar dan juga DAP, tetapi dia sebagai seorang ulama dan penyokongnya sendiri mengelarnya Tok Guru tetapi boleh  menerima seorang manusia yang bernama Ambiga.

“Yang jelas kepada kita bahawa Ambiga bukan sahaja berlainan agama tetapi sebenarnya ia merupakan makhluk perosak yang besar dalam negara ini yang cuba untuk memporak-perandakan perpaduan orang Melayu dan sekaligus memesongkan pemikiran orang Islam dengan cara yang tersusun rapi.

“Bagi kita, tidak hairan di dalam keadaan yang terdesak begini mana-mana pemimpin pembangkang sanggup melakukan apa sahaja untuk survival diri mereka sendiri termasuk parti mereka,” ujarnya selepas larian bendera UMNO dalam Parlimen Machang, semalam.

Tambahnya, apa yang jelas perjuangan mereka ialah kepentingan peribadi untuk menjadi pemimpin dan kepentingan kelompok-kelompok tertentu jauh lebih besar, jika dibandingkan dengan slogan-slogan yang mereka laungkan dulu.

“Saya cukup berkeyakinan, sudah tiba masanya dan bertepatan dengan ulang tahun UMNO ke-66 tahun ini, kali ini rakyat Kelantan pasti tidak akan memberikan peluang kepada mereka (Pas), kerana rakyat terlalu banyak benda-benda yang dilakukan oleh Pas di Kelantan, bukan sahaja tidak menguntungkan rakyat, malah langsung tidak memperdulikan mereka.... (KLIK)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan