KOREAPICANTO

Mata

24 Julai 2012

Sesumpah dalam PAS......

PAS mengatakan mereka parti dominan dalam pakatan pembangkang!
Sumber : 23/7/2012 - Utusan Malaysia m/s 7


Datuk Idris Harun mengatakan, jika benar mereka dominan, parti yang berlabelkan Iskam itu tidak akan sangup menukar dasar perjuangan kepada negara berkebajikan sehingga mengenepikan perjuangan asal menubuhkan negara Islam.


Kalau Pas parti dominan, mengapa Presidennya tidak dicadang sebagai Perdana Menteri, sebaliknya bersetuju melantik Ketua Pembangkang, DSAI untuk jawatan itu sekiranya mereka menang pilihanraya umum nanti.

Pas juga lebih mudah menghalalkan apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang termasuk menyokong mereka yang tidak bermoral, katanya kepada Utusan hari ini. Beliau mengulang kenyataan Nasruddin ketika program debat anjuran sebuah akhbar tempatan yang mengupas topik bertajuk Pilihanraya Umum ke 13; Orang MUda Pilih Siapa.

Tindak-tanduk Pas boleh meggambarkan Islam secara keseluruhan tidak konsisten apabila pemimpinnya tidak berpendirian ketika bercakap soal hudud.

Jika di hadapan masyarakat Islam, pemimpin Pas akan kata pakatan pembangkang telah bersetuju melaksanakan huku hudud, tetapi pendirian mereka akan berubah apabila bercakap di depan masyarakat bukan Islam. Pemimpin seperti ini boleh diibaratkan seperti sesumpah kerana percakapan mereka sentiasa berubah-ubah mengikut persekitaran dan tidak konsisten asalkan matlamat mereka tercapai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan