KOREAPICANTO

Mata

25 Julai 2012

KEAMANAN UNTUK SEMUA!!!!


alhamdulillah!!! sudah masuk Ramadhan yang ke 5.. 
syukur dengan keamanan yang dikurniakan oleh Allah..
kerana dengan adanya nikmat ini dapat kita melaksanakan ibadah termasuk berpuasa tanpa rasa takut...
seperti apa yang berlaku di Syria. Marilah kita ambil situasi di negara itu sebagai iktibar serta pengajaran ekoran berlakunya pergolakan di dalan negara sendiri..






Kita wajib berasa bersyukur bahawa dalam bulan yang penuh kemuliaan dan kerahmatan daripada Allah kita dapat menjalankan ibadah puasa dalam keadaan yang begitu selamat, tenang, tanpa rasa gentar dan takut.


"Sebagaimana kita tahu juga satu demi satu negara Islam tidak melalui kenikmatan yang sama. Kita di sini anggap biasa dan kita juga tidak anggap ia sebagai rahmat yang disyukuri," katanya.


"Walau apa pun saya amat berharap kita semua sentiasa memanjatkan doa kepada Allah supaya keamanan yang kita dikecapi selama ini sentiasa berpanjangan," ujarnya.


"Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh ibn. Abbas, Rasulullah telah bersabda; Orang yang memelihara anak yatim di kalangan umat Islam dengan memberi makan minum kepada mereka pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga," kata Perdana Menteri lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan