KOREAPICANTO

Mata

27 Ogos 2012

Biar Islam Dipijak, PAS Tetap “Sejiwa” Dengan DAP




Bangge jerk rasenyer bawak bendera roket tuh bejalan2....

 Saya percaya bahawa para pemimpin dan penyokong PAS akan menyerang Mufti Pahang, Sahibus Samaahah Datuk Hj Abdul Rahman Osman yang menegaskan bahawa berdosa bagi umat Islam di seluruh dunia untuk menyokong parti yang menolak Islam.

Dalam kenyataannya semalam, Mufti Pahang itu menegaskan bahawa umat Islam tidak seharusnya menyokong sebuah parti yang menentang, tidak setuju dan tidak taat setia kepada tindakan mengimarahkan Islam di negara ini.

Berkemungkinan besar Datuk Hj Abdul Rahman Osman akan disumpah-seranah oleh puak-puak PAS yang sebelum ini memaki hamun para ulama dan mufti yang mengeluarkan kenyataan yang tidak memihak kepada “agama PAS”.

Memandangkan kenyataan Mufti Pahang itu tepat terkena “batang hidung” PAS yang selama ini mewajibkan umat Islam menyokong dan memberikan undi kepada DAP, sudah tentulah mereka akan meradang.

Sebenarnya, saya tidak tahu apa lagi yang diperjuangkan PAS untuk terus bersama dan “tidur sekatil” dengan DAP setelah parti chauvinis ultra kiasu itu jelas menentang penubuhan Kerajaan Islam dan perlaksanaan hudud yang diperjuangkan PAS.

Terang-terang Karpal Singh dan DAP menegaskan bahawa mereka akan menentang agenda Islam itu bermati-matian, apakah PAS pekak atau sengaja tulikan telinga dan matikan akal mereka untuk berfikir sebagai seorang yang mengaku “pejuang Islam”?

Jadi apa lagi yang ditunggu PAS? PAS tunggu DAP ludah mereka, pijak Al-Quran dan menghina Rasulullah maka baru mereka mahu bertindak?

PAS sebelum ini memberikan alasan “tahaluf siyasi” bagi menghalalkan tindakan para penyokongnya untuk memberikan undi dan berkempen menyokong DAP.

Setelah DAP menolak sekeras-kerasnya agenda Islam itu, “tahaluf siyasi” jenis apakah lagi yang akan diajukan PAS sebagai alasan untuk mengarahkan umat Islam di negara ini untuk berdosa menyokong parti anti-Islam itu?

Sebenarnya, Malaysia telah pun diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam atau dalam bahasa Arabnya, “Daulah Islamiyyah”, lama dulu ketika di zaman pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pergilah ke negara-negara Arab dan negara-negara Islam lain, mereka semuanya tahu dan mengiktiraf bahawa Malaysia merupakan sebuah “Daulah Islamiyyah”. Malah banyak negara-negara itu yang menyatakan bahawa negara ini adalah “negara Islam contoh”!

Nah! Negara Islam idaman PAS itu sudah pun direalisasikan UMNO di negara ini. Apa lagi yang PAS tidak puas hati lagi dengan Kerajaan UMNO/BN?

Negara Islam “sekular”? Apa ada pada “sekular”? “Sekular” hanya pada namanya sahaja dan dari sudut perlaksanaan dan usaha membangunkan Islam, Malaysia diiktiraf “champion” oleh para ulama Al-Azhar dan ulama muktabar di seluruh dunia.

Hudud? Saya ingin bertanya kepada PAS, apakah dia fikir dengan bersekutu dengan “parti syaitan” itu maka hudud akan terlaksana di negara ini? Bengap sangatkah akal para pemimpin dan penyokong PAS untuk fikir tentang soal ini?

Padahal, PAS sebenarnya boleh sangat untuk ber“tahaluf siyasi” dengan Kerajaan BN dan bekerjasama dengan saudara seagamanya sendiri, UMNO, untuk mengkaji dan mencari titik langkah untuk berusaha melaksanakan salah satu furuq kecil di dalam perundangan Islam itu.

Malah, sekiranya PAS bersekutu di dalam BN, saya yakin bahawa PAS juga akan diberikan kuasa dan kerusi Menteri Kabinet untuk melaksanakan beberapa dasar partinya yang selama ini disekat habis-habisan oleh DAP “syaitanurrajim”!

Saya fikir, sampai sudah masanya PAS untuk bertindak dan tidak lagi membiarkan parti mereka dipijak, diludah, dikencing, dikeldaikan, diperkotak-katik dan dipermainkan lagi oleh “kafir harbi” yang beraja di hati mereka sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan