KOREAPICANTO

Mata

7 Ogos 2012

"JANGAN BOHONG KATA KAMI TERIMA HUDUD" M. Manoharan !!!!




Pembohongan Pas kepada umum kononnya perlaksanaan hukum hudud sekiranya pembangkan berjaya memerintah semakin terserlah apabila terus menerima kecaman keras berhubung perkara itu.

Terbaru, ADUN Kota Alam shah, M. Manoharan mendakwa,Pas berterusan memaksa Dapmenerima perlaksanaan hukum hudud walaupun parti itu secara terang-terangan sudah menyatakan pendirian me
reka.

"Jangan bohong kata kami terima hudud. Dap tidak akan sesekali menerima hudud, kini dan selamanya. Pas cuba memaksa semua pihak menerima hudud walaupun rakyat bukan Islam menentangnya habis-habisan.

Saya minta Pas hentikan dakwaan kononnya Dap menerima apatah lagi menyokong perlaksanaan hukum hudud, bab agama ini bukan boleh dipaksa-paksa atau dipolitikkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Isu perlaksanaan hukum hudud kembali hangat diperkatakan selepas Ketua Pemuda Pas , Nasarudin Hassan mendakwa Pengerusi Dap, Karpal Singh sudah menerima perlaksanaan hukum hudud ketika berdebat denga Ketua Ulama Muda Umno,Fathul Bari Jahaya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Manoharan turut membidas Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah yang mendesak Karpal agar berundur daripada politik kerana menentang hukum hudud.

"Siapa budak hingusan ini untuk meminta pemimpin veteran kami berundur? Besar mana dia yang baru satu penggal menjadi ADUN jika mahu dibandingkan dengan Karpal yang sudah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai ahli parlimen?

Dia langsung tidak layak bercakap soal politik apatah lagi mengeluarkan kenyataan menghina Karpal," katanya..............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan