KOREAPICANTO

Mata

10 Ogos 2012

Untuk Perhatian Umat Muslimin!!!!!!!!!!!!!!

Kadangkalanya indah gambar dari nyata. Meskipun adalah benar apa yang tuan nyatakan didalam tulisan ini, ada beberapa perkara yang perlu saya ketengahkan sebagai rakyat Singapura Melayu dan Muslim.

1) Azan masih boleh dilaungkan tetapi tidak boleh dilaungkan keluar dari masjid. Ini bermakna corong speakers mesti tidak boleh dihadapkan ke arah luar.

2) Saluran media Melayu- Suria TV, Radio Warna & RIA ada beberapa peraturan yang melarang para DJ memberi ucapan As-Salamualaikum, atau mengucapkan Al Hamdulillah, Astaghfirullah dan sebagainya. Drama Melayu terbitan Singapura juga diberi perintah yang serupa.

3) Tanah Waqaf diambil oleh Pemerintah dengan penggubalan AMLA (Acquisition of Muslim land Act). Ianya dibeli dengan harga rendah dan dijual kembali dengan harga pasaran yang melambung tinggi berlipat ganda.

4) Murid sekolah perempuan Muslim yang sudah baligh tidak dibenarkan memakai hijab.

5) Sejarah diputarbelit dimana sekolah mengajar murid-muridnya yang kesemua orang Singapura adalah asal imigran. Ini berbeza dari perlembagaan Singapura yang menyatakan hak khusus orang Melayu sebagai indigenous people (pribumi)

6) Yuran percuma yang dulunya hak orang Melayu sudah dilenyapkan

Sebab itulah Agama mengajar kita selalu bersyukur..agar apa yang ada ditangan dinikmati dan berasa kenikmatan memilikinya. Jika kita mengikut hawa nafsu dan mudah terpedaya oleh bisikan syaitan maka kita terlupa untuk menyedari bahawa apa yang ada ditangan itu adalah jauh lebih baik dari apa yang dibisikkan. Orang Melayu selalu terkena..bak kata pepatah "Sudah terhantuk baru tengadah!"

>>> UNTUK PERHATIAN KEPADA WARGA KITA YANG MASIH LAGI MENGIDAMKAN AGAR DAP DAPAT MEMBERI KELONGGARAN KEPADA MUSLIM JIKA MEMERINTAH MALAYSIA KELAK <<<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan