KOREAPICANTO

Mata

1 September 2012

Parasit Menular Dalam Kepimpinan Pas, Jadi Alat DAP, PKR




“Hanya orang yang tidak siuman saja yang boleh mempercayai bahawa Anwar akan bersetuju dengan usaha Pas itu. Jadi sudah jelas yang untungnya Anwar dan DAP dan yang ruginya Pas,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Jelasnya, veteran telah menduga bahawa Psd tidak akan berani membuat sebarang keputusan terhadap bangkangan DAP tentang pelaksanaan negara Islam dan hudud walaupun banyak pihak berharap Psd akan membuat satu keputusan yang tegas dan berani dalam mesyuarat AJK Pusatnya yang lalu.

“Terbukti kepimpinan Pas telah bacul dan akan terus menjadi barua DAP walaupun terpaksa menggadai maruah perjuangan dan kerana kebaculan pemimpinan Pas itulah maka DAP semakin kurang ajar dan angkuh serta sombong.

“Malangnya yang nampak keangkuhan DAP ini tidak ramai dalam kepimpinan Pas, kecuali beberapa orang seperti Nasharudin dan Nik Abduh yang berani bersuara dan bakal menerima tindakan seperti apa yang berlaku kepada Hassan Ali,” katanya.

Ujarnya lagi, Pas akan terus bersekongkol dengan DAP dan PKR demi untuk mencapai matlamat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

“Dalam persekongkolan itu Pas akan menjadi alat kepada Anwar dalam usahanya untuk menjadi Perdana Menteri dan membantu cita-cita DAP  dan kerana dendam tak sudah Pas kepada UMNO maka Pas menjadi pak  DAP, walaupun dasar perjuangan antara dua parti itu seperti langit dengan bumi,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau dan anggota Veteran UMNO Malaysia menyeru penyokong Pas supaya menolak parti itu demi kesucian agama Islam yang diperalatkan pempinan Pas selama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan