KOREAPICANTO

Mata

5 November 2012

MEMALUKAN! MAHU TADBIR NEGARA TAPI ISI BORANG PUN TAK BETUL!! HIMPUNAN 3 NOV PEMBANGKANG BATAL!





Sungguh memalukan. Pakatan haram pembangkang berangan-angan mahu mentadbir negara tetapi isi borang permohonan untuk mengadakan perhimpunan pun tidak lengkap dan tidak tahu!

Inilah yang terjadi kepada kepimpinan pakatan pembangkang dan kenyataan Ketua Polis Seremban ini sudah pasti menjatuhkan lagi kredibiliti kepimpinan pembangkang!

Dan sekarang barulah kita tahu, salah satu sebab pakatan pembangkang suka membuat perhimpunan haram ialah pemimpin-pemimpin mereka tidak pandai isi borang permohonan! Sungguh memalukan!

Sila baca di bawah :
SEREMBAN – Program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan Sabtu ini melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, ini kerana, sehingga petang semalam, tiada sebarang permit di bawah akta undang-undang tersebut dikeluarkan kepada pihak penganjur.

"Sekiranya penganjur mengadakan juga perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Taman Seremban Jaya, mereka akan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.

Beliau berkata, polis sebelum ini sudah memberi peluang kepada penganjur untuk melengkapkan semula borang permohonan mengikut peruntukan undang-undang, bagaimanapun tiada maklum balas penganjur diterima dalam tempoh diberikan.

"Saya telah berjumpa dengan wakil penganjur kelmarin dan memaklumkan secara rasmi mengenai dua perkara.

"Satu, polis mengambil maklum akan program perhimpunan tersebut dan kedua, permohonan penganjur tidak dapat diproses memandangkan pengisian borang tidak mengikut kepada peruntukan dikehendaki,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan