KOREAPICANTO

Mata

9 November 2012

PTPTN : kuda tunggangan pembangkang





Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) perlu mengelak daripada menjadi kuda tunggangan pembangkang dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kata beliau, ini kerana janji pemansuhan pinjaman PTPTN oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sekadar umpan kepada pelajar bagi melaksanakan agenda mereka termasuk mengadakan demonstrasi jalanan.

“Pembangkang kini beralih kepada penuntut IPT kerana sudah tiada pihak lain yang boleh diperalat.
“Kalau dulu semasa pilihan raya umum 2008, pembangkang menggunakan Hindraf, kini masyarakat India sudah kurang memberi sokongan,” katanya.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor berkata demikian pada sesi soal-jawab bersama pelajar Universiti Teknologi Mara di sini, pada program Pemimpin Turun Kampus Bersama Anak-anak Selangor malam tadi.

Beliau juga berkata, pelajar tidak perlu melalak dan berkhemah di Dataran Merdeka untuk menuntut pemansuhan PTPTN, sebaliknya belajar dengan tekun sehingga memperolehi kepujian kelas pertama sekali gus tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN mereka.

"Kalau melalak, berdemo di Dataran Merdeka macam mana nak dapat First Class Honours, kelas pun tak pergi sebab berdemo,” katanya. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm#ixzz2B1yQqrqu 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan