KOREAPICANTO

Mata

6 Februari 2013

JANJI MANISmu....... mulut macam longkang!




8 Janji Palsu Pembangkang

1. Janji melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan di setiap Majlis Perbandaran
dan Majlis Daerah masih tidap dikotakan oleh kerajaan DAP.

2. Janji kerajaan PAS untuk memberikan kebebasan kepada kakitangan awam untuk menyertai parti politik secara aktif tanpa sebarang sekatan, masih tidak dilaksanakan.

3. Janji kerajaan PAS dan pembangkang memberi cuti bersalin selama 3 bulan kepada kaum wanita bekerja di negeri pentadbirannya , masih tidak dikotakan.

4. Janji kerajaan pakatan pembangkang untuk mengurangkan cukai rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial 10% tidak ditunaikan.

5. Janji kerajaan pakatan pembangkang untuk menyediakan bantuan modal dan kadar sewa premis paling minimum kepada belia dan suri rumah yang berminat menjalankan perniagaan tidak ditunaikan.

6. Janji kerajaan Pakatan Pembangkang membela nasib golongan miskin seperti petani dan nelayan supaya mampu mempunyai pendapatan melebihi garis kemiskinan, tidak tercapai.

7. Janji kerajaan pembangkang untuk menggantikan skim Rukun Tetangga dengan sistem yang lebih cekap di kawasan perumahan, tidak tercapai.

8. Janji kerajaan DAP untuk membatalkan caj parking letak kereta pada hujung minggu di Pulau Pinang, tidak dilaksanakan.