KOREAPICANTO

Mata

16 April 2013

Empat Tahun Membina Masa Depan Yang Lebih Cerah




Pertama sekali di sini, izinkan saya berbicara mengenai 1Malaysia. Apa yang ada pada teras transformasi negara ini adalah kepercayaan saya terhadap pentingnya perpaduan nasional tanpa mengira bangsa atau kepercayaan agama. Saya berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa tiada siapa harus ketinggalan sedang kita bergerak menuju ke hadapan untuk mencapai status negara maju. Dari kepercayaan inilah lahirnya 1Malaysia, bersama dengan pelbagai inisiatif yang memberikan manfaat kepada Rakyat sehinggalah ke hari ini. Daripada perumahan dan penjagaan kesihatan hinggalah ke makanan dan pendidikan, anda boleh melihat begitu banyak program-program yang bertemakan 1Malaysia yang menyediakan perkhidmatan yang berpatutan dan berkualiti untuk semua rakyat Malaysia.

Keduanya adalah mengenai kemajuan ekonomi. Sewaktu saya mula memegang jawatan ini, ekonomi global sedang berada dalam keadaan tidak menentu. Untuk melindungi Malaysia daripada “bencana” ekonomi ini, kita terpaksa mengambil langkah-langkah yang berani dan tegas untuk terus menjana ekonomi kita. Dalam hal ini, Program Transformasi Ekonomi telah membawakan hasil yang jelas, dan diwaktu dimana banyak negara-negara lain masih terperangkap dalam masalah hutang dan kadar pertumbuhan rendah, Malaysia pula telah berjaya mara ke hadapan. Pada tahun lepas, misalnya, ekonomi kita telah berkembang pada kadar purata sebanyak 5.6%, membawa bersamanya begitu banyak peluang pekerjaan serta kemakmuran kepada rakyat. baca seterusnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan