KOREAPICANTO

Mata

14 April 2013

KAUTA masuk syuk-ga PAS yg pegang


Seseorang yang masuk PAS dikehendaki menandatangani sumpah baiah ,dimana kalau keluar PAS jatuh talak terhadap isterinya.Ini dari ajaran mana. Adakah ia selari dengan ajaran Islam. Adakah perintah Allah untuk mengaitkan politik dengan cerai-berai suami isteri.Sila rujuk Al Qur'an dan hadis.Ingatlah wahai pengikut yang taksub, jika anda menyokong perkara yang tidak sellari dengan hukum, anda dikira bersubahat dan anda perlu menjawabnya di hadapan Allah nanti.Ini bukan untuk kami ,ini untuk diri anda sendiri .Jadi renungkanlah ,ambillah jalan yang boleh menyelamatkan kita di hari akhirat, jalan yang benar yang selari dengan hukum Islam. BN tidak pernah menolak hukum Hudud. Hanya BN belum mampu melaksanakannya. Menolak Hudud memang haram, tetapi belum mampu melaksanakannya kerana ketidakupayaan dibolehkan oleh Islam. Contohnya saya daif dan miskin belum mampu menunaikan haji,sedangkan haji itu wajib. Adakah saya bersalah?


Siapa dia Nik Aziz, kata solat orang UMNO tak ada pahala - Rujhan (Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia)

KOTA BHARU 5 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak layak menghukum berkaitan dosa dan pahala kerana Nabi Muhammad SAW sendiri tidak boleh menentukannya, inikan pula beliau hanyalah seorang manusia biasa.

Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia, Rujhan Abd. Rahman berkata, firman Allah SWT dalam surah Al-Baqorah ayat 141 dan surah Al- Imran yang jelas bahawa setiap perbuatan hamba itu hanya boleh ditentukan Allah.

Jesteru itu, katanya, Nik Abdul Aziz tidak sama sekali boleh menjatuhkan hukum dengan mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

"Atas alasan apa Nik Abdul Aziz mengatakan solat orang UMNO tidak mendapat pahala kerana kononnya UMNO telah menolak

Islam. Jadi dalam kategori manakah yang dimadsudkan Nik Aziz itu?

"Kalau kita lihat kepada Perkara 3.3 asas dan tujuan UMNO ditubuhkan adalah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam dan ayat dalam perlembagaan UMNO ini langsung tidak terdapat dalam perlembagaan Pas yang mengatakan mereka memperjuangkan Islam.

"Jadi pada dasarnya, sebagai seorang yang dianggap ilmuan dan tok guru oleh rakyat Kelantan, kita melihat di saat pilihan raya ini beliau (Nik Aziz) telah mengunakan satu kaedah bagi menghalalkan apa cara semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

"Dan, selepas ini pasti akan banyak lagi akan keluar bukan hanya setakat sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala," katanya ketika menyampaikan ceramah di padang Sekolah Kebangsaan ( SK) Seri Ketereh di sini malam tadi.

Kira-kira 5,000 orang menghadiri ceramah berkenaan yang turut menampilkan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Semalam, semasa menyampaikan ceramah di Padang Jambu di sini Nik Aziz telah mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

Pada 17 November tahun lalu, pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Tambah, Rujhan, fatwa yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz itu lebih kepada fatwa politik beliau dan dalam masa sama ianya telah mengoncangkan akidah umat Islam.

Katanya, apabila berlaku perpecahan, ianya tidak pernah dipertahankan oleh Pas, malah Pas boleh melihat sahaja ia berlaku kerana ingin menjaga hubungan dengan DAP dengan maklamat menawan Putrajaya.

"Yang rugi kita sesama Islam, kerana Islam secara jelas tetap bersaudara, tetapi hari ini Nik Abdul Aziz boleh tinggalkan saudara sesama Islam dan menerima DAP yang jelas telah menentang Islam secara muklak," katanya. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan