KOREAPICANTO

Mata

5 September 2013

Dakwaan itu berasas - Norhashiah






Norhashiah Ibrahim menunjukkan laporan polis berhubung pembukaan akaun yang mencurigakan di Putrajaya, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Siasatan terhadap dakwaan penyelewengan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim masih lagi dijalankan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Baling, Norhashiah Ibrahim berkata, berikutan itu, Mashitah tidak layak mengatakan dakwaan pembukaan sebuah akaun mencurigakan pada 2010 merupakan suatu tindakan tidak berasas.

"Sesuatu siasatan mengambil masa lama untuk dilaksanakan, Mashitah tidak boleh mengandaikan siasatan tersebut membuktikan dirinya tidak bersalah.

"Mashitah kini 'turun padang' mengatakan dirinya tidak bersalah sambil menuduh saya tidak betul. Perkara ini menyebabkan ramai dalam kalangan ahli Wanita UMNO Baling berasa keliru," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Sebelum ini, Norhashiah meminta polis dan SPRM menyelesaikan kes penyelewengan tersebut memandangkan hingga kini belum ada sebarang tindakan diambil terhadap bekas Ahli Parlimen itu biarpun sudah hampir tiga tahun berlalu.

Beliau mendakwa, namanya telah digunakan sebagai salah seorang daripada tiga penama untuk membuka akaun bank tersebut.

Semalam, Mashitah berkata, tuduhan tersebut merupakan suatu tindakan tidak berasas.

Katanya, sekiranya betul, sudah lama beliau diambil tindakan oleh pihak berkuasa.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130903/po_10/Dakwaan-itu-berasas---Norhashiah#ixzz2duYdH0Jx
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan