KOREAPICANTO

Mata

8 April 2014

LABULABI sengal tak tahu erti GST?

Pakatan Pembangkang tidak sepatutnya menghasut rakyat untuk menentang pelaksanaan GST.
"Biarlah rakyat menilai sendiri apabila GST dilaksanakan. Sama ada ia baik atau tidak, biarlah rakyat menentukannya... Ikmal Hisham



KUALA LUMPUR: Plakad bantahan dipamerkan mengiringi pengumuman kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dewan Rakyat hari ini.

Tindakan itu dibuat ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai menyatakan pendirian konsisten membantah akta itu walaupun diluluskan dengan undian hari ini. Mereka juga sempat merakam aksi bantahan itu dan memuat naik ke media sosial.

Pungundian lewat petang tadi menyaksikan 118 ahli parlimen BN menyokong RUU itu sementara 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat menyatakan tidak bersetuju. Ekoran penolakan total Pakatan Rakyat terhadap RUU itu, maka ianya tidak memerlukan kepada perbahasan peringkat jawatankuasa. Sebaliknya ia akan terus dibawa ke peringkat Dewan Negara sebelum diluluskan dan dilaksana April tahun hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan