KOREAPICANTO

Mata

30 Mei 2014

DATUK MAH JADI MENTERI KALAU MENANG


Berita baik kepada pengundi Teluk Intan, jika Datuk Mah Siew Keong menang dalam pilihanraya kecil parlimen Teluk Intan yang akan berlangsung esok pada 31 Mei 2014.

Perdana Menteri sendiri sudah memberikan jaminan bahawa Datuk Mah Siew Keong akan diangkat sebagai menteri jika pengundi Parlimen Teluk Intan memberikan mandat kepada Datuk Mah Siew Keong sebagai ahli parlimen.

Jadi apa lagi yang diperlukan oleh pengundi dan rakyat di Teluk Intan? Jika Mah memenangi pilihanraya kecil ini maka kemudahan dan pembangunan sudah pasti akan dikecapi oleh penduduk Teluk Intan.

Dengan pengalaman sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sudah pasti Datuk Mah mampu mengendalikan pembangunan Teluk Intan dengan lebih berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan