Isu Menteri Besar Selangor panas sejak selepas PRU13 dan tidak selesai sehingga kini. Sementara itu, isu jawatan Menteri Besar Selangor juga dikatakan menjadi salah satu punca populariti PR jatuh merudum di Selangor setahun selepas PRU13.
Terkini WAN Azizah bakal menjadi MB Selangor???? Hebat orang Selangor.. dpt MB WANITA... nampaknya satu keturunan keluarga depa nk jadi pemimpin...gila kuasa, kemaruk kuasa........ Apapun yang penting seblum jadi MB tengok-tengoklah dan kalo boleh selesaikan dulu masalah-masalah di KAJANG nun dengar critera....kes denggi semakin banyak.
Kerja-kerja sebagai ADUN pun banyak yang tak selesai dah di naikkan pangkat sebagai MB pulak yer.... terserlah sungguh kebertanggungjawapan ADUN ne.............. ingatkan bila jadi ADUN nk tolong rakyat ler tapi rupanya mengerjar title MB rupanya. Nasib ler orang-orang Selangor ini yang korang nak sangat kan.... terimalah dengan rela hati walaupun pedih mate nk nengok sketsa mereka ini.
TAPI satu persoalan.... Selangor dah tak ada ke pemimpin kaum lelaki? agaknya Anwar memilih Wan Azizah untuk "menstabilkan" parti, yang dilanda siri kontroversi selepas mengaakan pemilihan secara terus buat kali kedua tahun ini. PKR dipercayai sudahpun mencapai kesepakatan untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas sambutan Aidilfitri.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Wan Azizah yang juga Presiden PKR mampu memberi kestabilan kepada PR di Selangor. "Nama yang dicadangkan adalah Wan Azizah selaku Presiden parti dan saya percayai ia mampu beri gambaran kestabilan kepada PKR dan PR.
Laporan itu dipetik, Anwar mengakui mesyuarat diadakan bagi membincangkan mengenai isu Menteri Besar Selangor dan keputusan yang diperoleh adalah mengemukakan Wan Azizah sebagai calonnya. "Jadi konsensus tadi (semalam) ialah untuk terus dengan keputusan awal (Langkah Kajang) dengan kemukakan satu nama kepada Majlis Pakatan Rakyat.
"Proses itu akan dibawa kepada Majlis Pakatan Rakyat," katanya. Anwar menjelaskan pengumuman tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu di negeri Selangor yang semakin meruncing. "Tapi kita rasa kena ada langkah tambahan untuk selesaikan isu panas dan legakan kegelisahan rakyat dan menarik kembali keyakinan kepada PR," katanya.
Anwar bagaimanapun dilaporkan tetap memuji pentadbiran Abdul Khalid yang dilantik menteri besar untuk penggal kedua tetapi menegaskan perubahan perlu dilakukan. "Pertama kita akui, prestasi itu membanggakan dan menghargai jasa Abdul Khalid mentadbir serta banyak rekod yang boleh dibanggakan," katanya.
Menurut Anwar, pertemuan malam tadi juga bagi menjelaskan mengenai perkembangan terakhir "Langkah Kajang" yang pada awalnya diambil untuk menukar kepimpinan di Selangor. "Jadi malam ini, kita teruskan pertemuan dengan ahli pimpinan baru, ketua cabang baru serta pemimpin PKR lain.
"Kita adakan pertemuan ini bagi beri ruang untuk dapatkan penjelasan dan maklumat terakhir mengenai Langkah Kajang," katanya.
Abdul Khalid kehilangan sokongan daripada partinya sendiri selepas dilantik semula menjawat jawatan nombor satu itu untuk penggal kedua. Anwar minggu lepas juga memberi isyarat PKR sudah memiliki pengganti menteri besar baharu. Nama Dr Wan Azizah sebelum ini juga dikatakan akan mengisi jawatan tersebut...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan