KOREAPICANTO

Mata

21 April 2015

#DaulatTuanKu604 MELAYU BANGKIT MENENTANG KEBIADAPAN DAPig


Satu memorindum akan diserahkan kepada Sultan Perak pada yang akan diadakan di Istana Iskandariah Kuala Kangsar. Jemput semua datang turun beramai2 bagi menyokong #DaulatTuanKu604..... tarikh dan masa akan diberitahu.

Perhimpunan 604, mengajak rakyat menilai sendiri untuk membezakan kepimpinan yang tidak menghormati institusi Raja Melayu, CONTOH nya Kesultanan Perak yang telah dicabuli pembangkang dengan secara biadapnya apabila Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang  bertindak berpakaian serba hitam pada istiadat perasmian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak penggal pertama 2015. 

Persidangan pertama kalinya dirasmikan oleh Sultan Perak Raja Nazrin Shah selepas kemangkatan Sultan Perak Almarhum Tunku Sultan Azlan Shah Almaghfurlah. Bayangkanlah kebiadapan yang ditunjukkan kepada Sultan kita.... walhal Sultan melambangkan maruah bamgsa melayu!

Selain itu, Perhimpunan 604 juga akan memohon tuntutan supaya menarik darjah kebesaran yang telah diberikan kepada Ahli-ahli Dewan (ADUN) pembangkang berikutan kebiadapan yg dilakukan terhadap Sultan Perak.

Perhimpunan 604 juga akan menggesa pihak pembangkang Perak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak istana terutamanya Sultan Perak. Kesultanan Melayu terutama Sultan Perak patut di bela supaya tidak berlaku pada Negeri yang lain.

Jom kita turun ramai2 tunjukkan taat setia kepada Raja dan Negara!!! Jangan sampai Raja kita dijadikan boneka penghinaan mereka.

BANGKIT MELAYU BANGKIT.... 
DEMI KEDAULATAN KESULTANAN MELAYU...
DAN MARUAH BANGSA MELAYU!!!
#DaulatTuanKu604
#Himpunan604


Tiada ulasan:

Catat Ulasan