KOREAPICANTO

Mata

Memaparkan catatan dengan label HUDUD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HUDUD. Papar semua catatan

15 April 2014

PKR (MP ISLAM) tetap PEGANG JANJI tidak laksana HUDUD?


PAS cakap DAP lebih faham ISLAM berbanding UMNO tetapi kenapa DAP lagi kuat menolak HUDUD, itu pun PAS x sedar-sedar lagi... bangunlah dari lena yang panjang tu....

1. PKR (MP ISLAM) tetap pegang janji tidak laksana hudud.
2. PAS Selangor tidak cadang laksana hudud..
isu hudud sesama ahli pun "bertelengkah"...jelas sekali PAS tak ubah seperti "anjing menyalak bukit".....

Oleh itu dalam Isu Hudud yang akan disidangkan oleh PAS nanti, UMNO haruslah memberi sokongan 100% berkenaan usul yang akan dibawa nanti.

TAPI apakah hukum HUDUD yang kita faham...

Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:

Zina., Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi, Minum Arak. Mencuri. Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan ). Murtad. Baghy (Bughah – Pemberontakan).

Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan ( hukuman ) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat. (al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221).
Melaksanakan hukum hudud ini adalah wajib dan dikira sebagai hak Allah. Maksud Hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan ( dimaafkan ) sama ada oleh individu atau masyarakat. ( Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).

Ini adalah antara dalil-dalil yang disebut daripada Al-Quran dan juga hadith:

Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk .( al-Quran, al-Isra : 32 )

Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan .( al-Quran, an-Nur : 2 )

Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya :
Ambillah dari aku ! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka ( perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati .( Muslim, Sahih : hlm. 188 )

Zina diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri ( taghrib ) dan disebat seratus kali bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin ( muhsan ), ada yang berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.

Pengharaman Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat orang saksi dan hukuman Had mengenainya, Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang bermaksud :
Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka ( yang menuduh itu )lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq 
Iaitu tuduhan zina ( Qazaf ) tanpa membawa empat orang saksi adalah haram, dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali sebatan beserta hukuman tambahan iaitu tidak diterima kesaksian orang itu selama-lamanya.

Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar ( arak ), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) .( al-Quran, al-Maidah : 90 )

Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan ( Muslim, Sahih : hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.

Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud ;
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah .( al-Quran, al-Maidah : 38 )

Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan dibincangkan kemudian.

Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan ( hirabah ), Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang besar .( al-Quran, al-Maidah : 33 )

Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud :
Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima ( agama itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi .( al-Quran, al-Imran : 35 )
Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat .( al-Quran, al-Baqarah : 217 )

Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya ;
Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku ( Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga ( orang ) iaitu penzina yang telah berkahwin ( muhsan ), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya ( murtad ). ( Muslim, Sahih : hlm. 164 )

Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud :
Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah .( al-Quran, al-Hujurat : 9 )

Inilah sumber perundangan yang utama ( dari al-Quran dan al-Sunnah ) mengenai jenayah. Syariat menentukan secara tepat mengenai seksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud, di mana tidak ada hak mana-mana pihak persendirian seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti kerajaan atau lain-lain, untuk memilih atau meminda di dalam hukumannya.

Fikir-fikirkan jika hudud dilaksanakan, adakah lagi zina berlaku berleluasa? minum arak menjadi suatu kebiasaan sehinggakan boleh dimaafkan untuk kali pertama? kejadian pecah rumah, rompakan mesti berlaku setiap hari? Inilah sedikit coretan mengenai hukum hudud, mungkin pada keluaran akan datang, kita akan mengulas mengenai syarat sesebuah negara untuk melaksanakan hukum hudud pula.

cerita seterusnya...

29 Ogos 2012

Gendang gendut tali kecapi!! Kenyang perut cabut lari!!!



Hudud hudud hududddddd? Apa lagi yg nak di kelentong deq puak kahak hijau nih.. Sat nak buat.. Sat kena kaji..Sat nk buat..Sat nk kaji.. Bercabang sungguh cakap-cakap u allzzz.. Ish3.. Yg peliknya time nk buat tuh time selepas menang piliharaya raya.. ader lak ley rope ituh!! main tarik tali la hudud ni ye.. mmmmm bley lak cam tuh erkkkk, maknanyer hudud ney bley di sorong sentap ler...alkisahnyerrrrr!!!....

7 Ogos 2012

KARPAL pun tentang HUDUD!!!




Kenyataan Terbaru Karpal Tentang Hudud Pas

~PAS sudah ketinggalan zaman.
~Akan pastikan hukum hudud tiada dalam manisfesto PR.
~Tiada kesepakatan dalam isu ini,
~Kerana itu hudud tidak dimasukkan dalam Buku Jingga.
~Anwar Ibrahim harus bertaubat.

ni kenyataan terbaru Karpal.....dia sendiri tentang Hudud, PAS lak tercanang-canang nak masukkan dalam manifesto PR...... sedarlah la kedudukan orang Melayu dalam PR... diperkotak katikkan mereka jeee.... semuanya ada kepentingan! x sedar lagi ker wahai orang Melayu yang meyokong pembangkang Negara!!!!!!!

"JANGAN BOHONG KATA KAMI TERIMA HUDUD" M. Manoharan !!!!




Pembohongan Pas kepada umum kononnya perlaksanaan hukum hudud sekiranya pembangkan berjaya memerintah semakin terserlah apabila terus menerima kecaman keras berhubung perkara itu.

Terbaru, ADUN Kota Alam shah, M. Manoharan mendakwa,Pas berterusan memaksa Dapmenerima perlaksanaan hukum hudud walaupun parti itu secara terang-terangan sudah menyatakan pendirian me
reka.

"Jangan bohong kata kami terima hudud. Dap tidak akan sesekali menerima hudud, kini dan selamanya. Pas cuba memaksa semua pihak menerima hudud walaupun rakyat bukan Islam menentangnya habis-habisan.

Saya minta Pas hentikan dakwaan kononnya Dap menerima apatah lagi menyokong perlaksanaan hukum hudud, bab agama ini bukan boleh dipaksa-paksa atau dipolitikkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Isu perlaksanaan hukum hudud kembali hangat diperkatakan selepas Ketua Pemuda Pas , Nasarudin Hassan mendakwa Pengerusi Dap, Karpal Singh sudah menerima perlaksanaan hukum hudud ketika berdebat denga Ketua Ulama Muda Umno,Fathul Bari Jahaya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Manoharan turut membidas Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah yang mendesak Karpal agar berundur daripada politik kerana menentang hukum hudud.

"Siapa budak hingusan ini untuk meminta pemimpin veteran kami berundur? Besar mana dia yang baru satu penggal menjadi ADUN jika mahu dibandingkan dengan Karpal yang sudah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai ahli parlimen?

Dia langsung tidak layak bercakap soal politik apatah lagi mengeluarkan kenyataan menghina Karpal," katanya..............