KOREAPICANTO

Mata

19 Julai 2012

Apa ke jadahnya korang kata MAHATHIR tu DIKTATOR......



Pelik jugak aku, org kata Tun Dr. Mahathir nie diktator..... bangang mana la agaknya tak kenal erti pembangunan dan kemajuan!!!........Syukur alhamdulillah negara kita masih aman dan sejahtera x macam negara Arab dan negara Islam yang lain yang berperang antara sesama sendiri semata-mata kerana kepentingan politik dan merebut kekayaan tanpa mempedulikan rakyat sendiri yang tertindas....

bak kata Tun : "Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi ruang kepada pelayar blognya menyenaraikan tindakan yang dilakukannya sebagai bukti sehingga beliau digelar diktator sewaktu memerintah negara dulu.

Menurut beliau, semasa menjadi Perdana Menteri, banyak gelaran yang diberikan kepadanya terutama di kalangan musuh politik beliau seperti ‘mahazalim’, ‘firaun’ dan ‘diktator’.

Katanya, sehingga ke hari ini, walaupun ditemuramah pihak yang tidak bermusuh dengannya, soalan- soalan yang diajukan memberi gambaran seolah-olah mereka percaya gelaran yang diberikan terutamanya ‘diktator’ adalah tepat.

“Berasas atau tidak, gelaran yang diberikan kekal sepanjang hayat dan ia amat berguna dalam politik, terutamanya yang memburukkan musuh. Sebagai Perdana Menteri dahulu, saya diberi banyak gelaran seperti mahazalim, firaun, diktator yang dicipta oleh musuh politik saya.

“Apakah yang saya lakukan yang menyamakan sifat dan perbuatan seorang diktator. Saya ingin tahu daripada pelawat blog saya tentang apakah yang telah saya lakukan semasa menjadi Perdana Menteri menjadi bukti bahawa saya adalah seorang diktator," kata beliau dalam entri terbaru blognya di http://chedet.cc hari ini.

Dr. Mahathir dalam entri tersebut turut memberi contoh beberapa pemimpin dunia yang dilabelkan sebagai diktator iaitu bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak serta beberapa pemimpin lain seperti Benito Mussolini; Ferdinand Marcos; Muammar Gaddafi; Saddam Hussein dan Adolf Hitler.

Malah, beliau turut mengimbau kenangan sewaktu di Kaherah, Mesir pada zaman pemerintahan Mubarak yang mana jalan yang dilalui Mubarak dikosongkan sewaktu pemimpin itu menghadiri mesyuarat selain askar bersenjata lengkap berderet di sepanjang jalan.

Katanya, di atas bumbung bangunan pula terdapat askar penembak tepat’ yang bersenjata untuk menembak sesiapa yang disyaki cuba menyerang rombongan Mubarak.