KOREAPICANTO

Mata

26 Julai 2012

GEMPAR...Utan Kayu Markas Lahirkan "Gerila" Anwar?


Pengkhianatan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah apabila Ketua Umum Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa menjadikan Utan Kayu, Jakarta Timur, Indonesia sebagai lokasi merekrut barisan muda untuk dijadikan ‘gerila’ sebagai persiapan menentang kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Dikenali sebagai Komunitas Utan Kayu, sememangnya agak asing dan tidak dikenali, namun bagi Anwar yang mempunyai rakan ‘seperguruan’ dengan agenda beliau, kawasan itu adalah tempat pujaan bagi melahirkan ‘gerila’ buatannya dalam memastikan cita-cita peribadinya tercapai.

Malaysia Harini difahamkan bahawa Anwar mengarahkan anak didiknya mengaburi mata barisan muda, kebanyakan mahasiswa meraih pengalaman menerusi kursus yang dianjurkan beliau di Komunitas Utan Kayu selama enam bulan hingga setahun.

Modus Operandi Anwar adalah membawa masuk barisan muda itu dan memastikan mereka belajar selok-belok cara berkomunikasi, berucap, berdebat, menulis, berdepan masyarakat dan pelbagai lagi skop untuk diperlajari supaya mudah menjadi ‘perisik’ atau ‘agen’ apabila diterima bertugas di perkhidmatan awam. ...SAMBUNG...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan