KOREAPICANTO

Mata

26 Julai 2012

Saya NASIHATKAN Abby Abadi TAUBAT NASUHA - Noor Kumalasari



DALAM tahun ini ramai artis yang berubah. Yang dulu nakal, sekarang menjadi lebih baik. Yang dulu tak pernah nak insaf-insaf, sekarang dan insaf. Dulu nampak rambut beropol-ropol, sekarang sudah bertudung litup.

Apabila seseorang itu memilih jalan untuk menuju kepada arah yang lebih baik dalam dirinya, ia adalah satu rahmat yang tidak ternilai.

Malah dalam Al-Quran juga menuntut seseorang itu agar berubah kepada kebaikan apatah lagi ketika menginjak usia 40 tahun.

Jika seseorang itu mendapat hidayah lebih awal, dia seharusnya bersyukur terhadap anugerah itu. Tapi sayang sekali, terdapat segelintir artis yang berubah hanya kepada imej dan corak pemakaian sahaja.

Saya tidak mahu menuduh sesiapa tetapi kepada yang berkenaan itu, ambillah nasihat ini dengan cara yang baik.  ...SAMBUNG...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan