KOREAPICANTO

Mata

26 Julai 2012

Peringatan untuk semua....Elak tragedi 13 Mei 1969!!!



NEGARA menghadapi pelbagai dugaan pada fasa awal pascakemerdekaan. Politik, sosial dan ekonomi secara umumnya masih belum stabil pada waktu itu. Perhubungan antara kaum umpama api di dalam sekam; sedikit pergeseran mampu mencetuskan pertelingkahan besar.


Apabila satu kaum menyinggung kaum yang  lain, maka tercetuslah pertelingkahan besar, seperti peristiwa 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Tarikh yang mencetuskan sejarah paling hitam negara bermula apabila timbul perasaan bongkak satu kaum kerana memenangi kerusi pilihan raya.

Dasar pemerintahan Jepun di negeri Melayu dan dasar British selepas kekalahan Jepun dimana Parti Komunis Malaya menggunakan kekerasan setelah gagal merampas kuasa di negeri Melayu. Penubuhan parti politik pula sekadar menyuburkan perasaan perkauman.


 Oleh itu, sekiranya kita menang janganlah terlalu gembira, sebaliknya bertenang jika tidak apabila kita berada dalam sebuah kumpulan yang ramai psikologi dan keadaan ketika itu akan jadi tidak terkawal. Sehubungan itu, disebabkan faktor tersebut, pihak kerajaan cuba menghalang daripada berlakunya demonstrasi jalanan.



Macam-macam perkara boleh berlaku ketika demonstrasi jalanan dan ramai yang tidak sedar apa yang mereka buat sehingga boleh memberikan trauma kepada sesiapa sahaja menyaksikan kejadian tersebut. Tindakan ini akhirnya akan hanya akan merosakkan perpaduan rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai agama dan budaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan