KOREAPICANTO

Mata

30 Julai 2012

SEJAK BILA DAP PERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU?




Kumpulan ini juga menyebarkan risalah-risalah yang kononnya UMNO sudah 54 tahun mengkhianati orang-orang Melayu. Sungguh mengejutkan kerana sudah seperti berada dalam kempen pilihanraya pula.

Mereka tidak segan silu memberikan risalah itu pada setiap pengunjung yang lalu-lalang dikawasan Dataran Ipoh.

Malah tertera secara jelas dan terang dari mana datangnya risalah-risalah ini iaitu dari pejabat DAP di Medan Istana. Perkara yang berbangkit di sini adalah kenapa baru sekarang dan secara tiba-tiba DAP mahu menampilkan imej sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan nasib hak-hak Melayu.

Amat janggal bila dilihat pada risalah tersebut, yang diperjuangkan, yang dijadikan isu hak orang Melayu tapi yang memperjuangkannya pula adalah satu parti yang lebih dikenali sebagai satu parti chauvinis Cina?...SAMBUNGAN...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan