KOREAPICANTO

Mata

23 Julai 2012

Selangor TONGGANGLANGGANG padah asyik berpolitik..

KUALA LUMPUR 20 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana dilihat gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai penasihat apabila keadaan ekonomi negeri Selangor tidak mencapai tahap yang memberangsangkan seperti mana yang mereka canangkan kepada rakyat Selangor sebelum ini.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Dato Megat Zulkarnain Omar Din, ini jelas apabila kerajaan negeri tidak dapat menunaikan segala janji-janji mereka pada PRU yang lepas ekoran kekurangan peruntukan dan dana untuk melaksanakan janji-janji tersebut.

“Saya yakin, sekiranya kerajaan negeri mempunyai kewangan yang kukuh, sudah tentu mereka melaksanakan janji tersebut. Namun, sekarang ini tidak ada apa-apa perubahan yang nampak pada rakyat di negeri ini selama empat tahun di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang. Ini jelas membuktikan, bahawa ekonomi negeri di bawah pemerintahan PKR semakin merudum.

“Dalam pada itu, timbul pula bermacam-macam isu tentang penyelewengan duit rakyat di bawah pemerintahan mereka. Baru-baru ini isu Talam Corporation yang melibatkan wang rakyat hingga berbilion ringgit. Jadi bagi saya jelas, Anwar bukan sahaja gagal sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor, malah beliau juga bertanggungjawab terhadap kepincangan dan kucar kacirnya pentadbiran di Selangor hari ini,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini... SAMBUNG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan