KOREAPICANTO

Mata

27 Julai 2012

TUJUAN KITA BERDAKWAH!!!




Dalam konteks kehidupan hari ini, dakwah haruslah dilaksanakan oleh setiap individu muslim bagi memakmur,  mengislah serta mengangkat nilai dan martabat manusia.

Pentingnya berdakwah dilihat melalui fenomena yang berlaku dan melanda umat Islam di zaman ini seperti pengaruh sekularisme yang telah lama bertapak dalam kehidupan masyarakat Islam.

Ia akan mempengaruhi pemikiran, perasaan, pandangan serta cara hidup; gejala keruntuhan  sosial yang semakin membimbangkan termasuklah perkara yang melibatkan  penghakisan iman dan akhlak serta penyelewengan akidah; serta gerakan musuh Islam yang membuat pelbagai persediaan, perancangan dan strategi yang bergerak secara tersusun bagi menjauhkan umat Islam dari agamanya dengan menimbulkan keraguan terhadap agama Islam.

Tetapi yang paling penting dan utama bagi gerakan dakwah adalah untuk memenuhi tanggungjawab manusia sebagai khalifah dan memenuhi tuntutan al-Quran supaya dilahirkan dalam kalangan manusia satu jamaah atau
organisasi yang bertanggungjawab mengajak manusia kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan