KOREAPICANTO

Mata

2 September 2012

PKR Makin Parah




“Saya tidak mahu tipu orang kampung lagi… dan saya tidak mahu bersubahat dengan pemimpin yang kononnya mahu membawa perubahan namun ianya sekadar retorik semata-mata.

“Atas dasar itulah dan setelah fikir semasak-masaknya, saya mengambil keputusan keluar daripada PKR dan menyertai UMNO setelah sedar dan tahu apa yang dicanang oleh PKR selama ini hanyalah penipuan semata-mata”, kata bekas Naib Ketua Cabang PKR Petaling Jaya Selatan, Suhaimi Saari.

Beliau bersama 180 orang lagi ahli PKR cabang PJ Selatan serta 10 Ahli Jawatankuasa Cabang berkenaan bertindak keluar parti sekaligus menyebabkan cabang berkenaan terbubar.

Menurut Suhaimi lagi, pada awalnya kepimpinan PKR dengan lantang ingin membawa perubahan dan melemparkan pelbagai tohmahan kepada UMNO kononnya parti teruk dan pelbagai kutukan lain.

“Namun setelah mendapat kuasa mereka rupa-rupanya lebih teruk daripada UMNO dan dan saya nampak apa yang berlaku di dalam PKR ini lebih kepada diktator. Suara orang bawahan tidak diambil peduli.

“Atas kesedaran itulah saya mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Naib Ketua Cabang, seterusnya membubarkan PKR Cabang Petaling Jaya Selatan. Tindakan ini turut melibatkan 10 AJK dan ahli-ahli  dari 17 Ranting di bawah Cabang PKR Petaling Jaya Selatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Baha­gian Petaling Jaya Selatan, Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

Suhaimi seterusnya percaya kepimpinan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) lebih baik daripada PKR yang kononnya dengan lantang melaung-laungkan membawa perubahan. -MediaUMNO