KOREAPICANTO

Mata

2 September 2012

Terima Pelaburan Asing Di Sebalik Isu Lynas!!!!




“Jika benar pembinaan kilang Lynas itu bahaya, kenapa ramai pelabur luar terus berminat melabur di Kuantan, malah sebuah sekolah Cina persendirian akan dibina di Kuantan tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Majlis Perbandaran Bentong di sini, malam tadi.

Adnan berkata, senario itu membuktikan bahawa pembinaan kilang Lynas itu tidak berbahaya dan sengaja dipolitikkan pakatan pembangkang menjelang pilihan raya umum, tidak lama lagi.

Katanya, setakat ini beliau belum menerima laporan mengenai penjualan tanah atau rumah di kawasan Gebeng oleh penduduk setempat kerana bimbangkan operasi syarikat pemprosesan nadir bumi dari Australia itu, didakwa menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan.

Sebaliknya, Adnan berkata semakin ramai yang menemuinya bagi mendapatkan sokongan, peluang pekerjaan dan kontrak di kilang Lynas.

Lynas memilih beroperasi di Malaysia kerana kos pengeluarannya lebih murah berbanding Australia sementara China telah memperketat eksport produk itu.

Lynas juga telah memperoleh lesen untuk membina kilang di kedua-dua Negara itu.

Sekarang dah banyak pelaburan diterima dari pelaburan asing kerana kepercayaan dan ketelusan dalam Isu Lynas!!!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan