KOREAPICANTO

Mata

10 Disember 2012

SESI INTERVIEW...


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJQOFHQBm-SEijNC6oxArZMM2NKwcepsABzXOv0x_yMFrD7Z9Dgqmv2GLJvgf5fI-aIe-iTbM6Mt2g4BT2_Da2HQ4u-78r9Xdeg9jYn9BxvV3XqS8XjmIRZy_AHpE9LvsSYGCpWCK92l8/s1600/job+interview.jpg
Apakah Sebabnya yang menyebabkan kita GAGAL semasa temuduga...???



Kalau nak pergi temuduga pun ade care nya...tak boleh main langgar jer...confirm tak dapat...kat sini aku nak sharing cara mudah untuk korang lebih confident nak pergi temuduga...


Ada banyak faktor yang dilihat mampu menyebabkan kita tidak dilihat sebagai calon yang paling sesuai untuk dipilih.

Perkara paling mudah yang akan menyebabkan anda di 'REJECT' sebelum ditemuduga adalah ketika anda memasuki bilik temuduga. Dengan keterampilan yang salah, cara komunikasi yang tidak bagus serta bahasa badan yang lemah sudah boleh memberi anda markah yang sangat kurang.

Oleh itu, anda perlu ketahui dan belajar ilmu ini. Ingat pihak penemuduga adalah MANUSIA dan selagi ianya bernama manusia maka setiap tindakan dan keputusannya akan dipengaruhi oleh emosinya.

Jika awal-awal mereka tidak berkenan dengan anda maka jangan harap mereka akan tertarik dengan kepakaran anda yang lain.

Dengan cara komunikasi yang lemah, anda telah mensiakan-siakan peluang terbaik untuk beritahu pihak penemuduga akan apa kelebihan diri anda dan bagaimana anda boleh memenuhi kriteria pekerja yang mereka inginkan.

Gaya bahasa badan yang lemah dan kurang meyakinkan menyebabkan pihak penemuduga tidak yakin untuk mengambil anda bekerja.

Ini adalah sebahagian dari banyak lagi faktor yang menyebabkan anda GAGAL dalam sesi temuduga....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan