KOREAPICANTO

Mata

9 April 2013

ADER berani ker PR..... jom selidik!!!!!




Rafizi Ramli yang pernah bertugas di Petronas, sebenarnya diberhentikan ataupun ditendang keluar kerana masalah selalu ponteng dan mencuri-curi masa berkempen untuk pembangkang.

Menurut sahabatnya yang masih berada di Petronas, seorang Lulusan Engineer Petroleum dari Amerika, berkata bahawa Rafizi tidak memberikan teladan yang baik semasa di Petronas. Rafizi dikatakan menjadikan Petronas sebagai hak milik keluarganya sdn. bhd. Bukan setakat kes ponteng kerja tetapi juga melibatkan tuntutan palsu.

Apabila Rafizi Ramli dilantik pula sebagai penasihat ekonomi dalam Kerajaan Selangor, Rafizi gagal membezakan antara kepentingan aset kekal, aset sementara dan aset diapungkan. Sebab itulah Rafizi melihat pelaburan dalam Hartanah sebagai merugikan, walaupun ianya dalam kategori kos melepas mengelak kerugian sementara yang bakal ditanggung syarikat induk, selepas ditolak keuntungan kasar melepasi pemberatan margin nasional. Sebab itulah juga Rafizi memecat dirinya sendiri tempohari!

Oleh kerana Rafizi terikat dengan Teori Adam Smith, sama seperti yang digunakapai bosnya Anwar Ibrahim. Rafizi terpaksa menjual aset-aset rakyat Selangor seperti Bangunan-bangunan milik PKNS, Asrama yayasan Selangor di kampung Pandan, "Bailout" dalam isu Talam http://mymassa.blogspot.com/2013/04/penyelesaian-talam-anwar-khalid-kongsi.html

Sebelum diterberhentikan dalam Kerajaan Selangor, Rafizi sempat memperbodohkan rakyat Selangor dengan berusaha menjual aset-aset hartanah seperti padang permainan di Kelana Jaya, aset-aset UNISEL dan yang terbaru turut memperjuangkan Air Selangor untuk poket-poket mereka.

Semua aset-aset di atas ditukar secara cepat dan urusniaga melompat, yakni menghapuskan hutang-hutang sampingan dan digantikan dengan nilai-nilai lebih tinggi daripada paras hutang, untuk mendapat Tunai Segera (Cash).

Konsep ekonomi marginal dalam mikro ekonomi diketepikan, sebaliknya aspek makro ekonomi dilihat sebagai peluang untuk menambah poket.

Dalam hal ini, Rafizi gagal menghuraikan kenapa Anwar Ibrahim melabur ke atas hartanah bernilai jutaan ringgit yang diduduki keluarganya sekarang. Di atas sebuah bukit tinggi, dikawal oleh puluhan CCTV, bodyguard dan pengawal keselamatan!

Adakah Rafizi mengerah rakyat mempercayai bahawa hartanah peribadi keluarga Anwar itu sedang menyusut nilai dan semakin lama semakin rendah nilainya?

Bagaimana isu Talam di bawah, apakah Rafizi lebih Bijak berbanding Akuntan Bertauliah yang mengaudit Aktiviti Merampok Wang Talam ini.


Auditor juga detect yang perbezaan baki tertunggak yang direkod dalam buku kedua-dua pihak dapat diselesaikan dengan mengambil kira hutang yang telah dihapus kira oleh SAP sebelum ini. Hutang tersebut adalah dari anak2 syarikat Talam iaitu; Maxisegar Sdn Bhd, Expand Factor Sdn Bhd and ABRA Development Sdn Bhd, yang berjumlah RM15,001,451.90.

Secara ringkasnya, hutang dari Talam ke SAP ialah seperti berikut;

Perkara
Jumlah Hutang (RM)
Hutang Talam Group ke KHSB
178,680,939
Hutang yang tidak Termasuk
48,578,079
Hutang kasar
130,102,860
Hutang oleh Talam Yang Dihapuskira oleh SAP
15,001,452
Hutang bersih Talam ke KHSB
115,101,407

Mengikut perjanjian untuk menyelesaikan hutang bertarikh 3 November 2009 antara KHSB, Permodalan Negeri Selangor (PNSB), Pendidikan Indutri YS Sdn Bhd (PIYSB), TCB dan Kerajaan Negeri Selangor . TCB confirm amount yang tertunggak adalah sebanyak RM391,986,473.00 kepada syarikat berikut;

(i) KHSB - RM115,101,407.00
(ii) PNSB - RM28,208,066.00
(iii) PIYSB - RM248,677,000.00
(Dikenali sebagai "hutang-hutang" pada muka surat seterusnya")

Mengikut perjanjian tersebut, Talam mesti menyelesaikan hutang dalam waktu yang ditetapkan. Kegagalan utk menyelesaikan hutang tersebut menyebabkan Talam dikenakan interest sebanyak 6% per annum terhadap baki yang tertunggak.

Walau bagaimanapun, auditor detect yang interest sebanyak RM58,400,113.79 tidak diambil kira oleh Talam dalam laporan kewangan mereka walaupun hutang tersebut telah dipersetujui oleh pemiutang2 seperti yang dinyatakan di atas. !!!

Wang ini telahpun masuk ke dalam akaun Khalid Ibrahim dan AnwarIbrahim. Selepas ini Auditer Bertauliah akan buktikan bagaimana Rafizi mendapat persen daripada urusniaga menipu ini.