KOREAPICANTO

Mata

9 April 2013

UMNO yg tlh mengIslamkan tanahair ini secara rasminya dimata dunia moden


Perhatian kpd semua anak Melayu!.... Jika hati anda tetap bersama UMNO maka ketahuilah bahawasanya UMNO yang telah mengIslamkan tanahair ini secara rasminya dimata dunia moden. Maka jadilah kamu umat Islam yg terpuji akhlaknya sebagaimana yg diharapkan oleh pemimpin2 kita yg terdahulu. Janganlah kamu tunduk kepada perasaan marah dan benci. Sesungguhnya yg kuat diantara kamu ialah mereka yang bersabar.

Yang sedihnya ada rakan melayu yang mengkritik sahabat seagamanya demi mempertahan seorang cina dap...sahabat, senipis2pun iman kita, sejahil2pun rakan kita jgn sekali2 jual bangsa kita pada dap!

Bilakah mungkin penantian ini akan menjadi nyata....UMNO disayangi..PAS jugak disenangi... Namun bercakaran saban hari... Hingga terbelah sanubari...Yang manakah untung rugi.. Tetap disiniii.. Melayu....dan tanah air iniiii... itulah nyatanya...msing2 islam,tetapi x sependapat...pastu cari kekuatan dengan gabung parti,hmmm..huru hara lagi la...

Kita ada pegangan dan budaya adat resam...hormat menghormati tu kira satu keperluan dalam hubungan sesama Islam..kalau kita tak berpegang kepada prinsip itu, banyak tempat kitatak boleh pegi, kita juga yg rugi...Bagi saya, kekalkanlah keamanan dan kesejahteraan yang ada..walaupun bangsa lain cakap cukup2lah 55 tahun, tapi bagi saya tempoh itu lah yang telah menguatkan asas pentadbiran negara kita...dari semasa ke semasa asas itu makin kukuh, walaupun ada sedikit ketirisan, tapi kita perlu ingat yang kita ditadbir dan dipimpin dibawah 6 perdana menteri bukan satu jer dan kesemuanya membawa pembaharuan namun masih berlandaskan asas perlembagaan yg sedia ada bagi mengekalkan KERUKUNAN. Jangan kita lihat keperluan pentadbiran Islam itu hanya pada HUKUMAN tetapi kena lihat pada konteks yang menyeluruh. Kalau sesama Islam sentiasa muafakat dan sama2 mengingatkan macam gambar ini melalui cara yang berhemah, insyaAllah semua masjid di negara ini akan ramai jemaahnya dan dunia akan tahu bahawa kekuatan Melayu adalah pada pentadbiran dan kesepakatan bangsanya..Melayu berpecah, habislah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan