Amacam wahai kaum pembangkang PAS....ader berani ke menyahut seruan kerjasama ini. Sudah-sudahlah dengan perasaan membangga diri, mendengar cakap orang yang nk menjatuhkan diri kamu sendiri.
Jangan ler asyik menyalahkan kerajaan, seeloknya kita muhasabah diri dan fikirkan apa yang kita telah lakukan untuk agama kita, utk bangsa kita dan untuk tanahair kita..... atau uolls sudah membangga diri menjahanamkan negara sendiri tanpa memikirkan akibatnya!
Jangan lah uolls memburukkan orang lain tambahan pula dalam soal syurga neraka, dosa pahala kerana semuanya adalah ketentuan illahi Allah s.w.t........ jangan la nak mempertikaikan sembahyang orang UMNO kosong! manakala sembahyang kamu PENUH PAHALA!!!! walhal yang mengata itu seorang imam! nampaknya dosa pahala kamu yang tentukan! bawak-bawak lah bertaubat.. insafi diri.. dan pergilah jenguk ibu dan bapa kamu yang banyak berkorban untuk kamu semenjak kamu lahir malahan ada yang pernah merasa semasa dizaman jepun...kekejaman penjajah! mungkin kamu terleka dan taksub dengan fitnah yang ditabur kafir-kafir laknat ini!....
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kerjasama antara UMNO dan Pas untuk menyatupadukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara yang mustahil.
Timbalan Perdana Menteri berkata, masih banyak yang perlu dilakukan untuk memajukan umat Islam.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO memberitahu, perpaduan umat Islam juga menyumbang kepada kestabilan politik di negara ini.
"Kedengaran banyak seruan meminta pemimpin-pemimpin politik Islam bekerjasama selain timbul pertanyaan mengapa UMNO dan Pas tidak boleh berganding bahu demi kepentingan ummah.
"Di pihak UMNO sendiri, kita tidak mempunyai sebarang masalah berhubung cadangan itu," katanya dalam sesi dialog bersama pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak dekat sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Tan Sri Dr. Rais Yatim.
Terdahulu, seorang pelajar UIAM bertanya tentang perpaduan orang Melayu dan umat Islam serta mengapa langkah itu sukar direalisasi.
Menurut Muhyiddin, umat Islam berdepan pelbagai cabaran dalam usaha membangunkan negara sejak mencapai kemerdekaan 56 tahun lalu.
"Kita perlu memberi tumpuan terhadap pemerkasaan sektor pendidikan dan jika gagal dilakukan, masalah akan timbul," ujarnya.
Tambah beliau, umat Islam sewajarnya berusaha mencari titik persamaan sesama mereka dan menghargai pandangan yang berbeza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan