KOREAPICANTO

Mata

16 Disember 2013

ANGGOTA NAVY MATI DI BULI @NajibRazak @HishammuddinH20 @mykamarul SILA SIASAT !

Ahad, 15 Disember 2013
@HishammuddinH20 KEMATIAN NAVI PERLU DISIASAT
Sangkakala terbaca dalam entri yang dibuat oleh rakan blogger ADC yang menulis tentang kematian seorang anggota NAVY yang dikatakan berpunca disebabkan mati lemas tetapi disangkal oleh 2 orang anggota NAVY berpangkat pegawai dan LLP.

Baca DISINI untuk maklumat lanjut



Kalau mengikut dari penglihatan yang dibuat pada gambar diatas, ada kemungkinan juga bahawa simati meninggal bukan kerana mati lemas sebab keadaan mayat yang berdarah dan ada kesan lubang pada dada sebelah kiri mayat.

Perkara ini perlu disiasat dengan secara terperinci kerana tidak sepatutnya perkara buli kalau wujud sampai mengakibatkan kematian berlaku terhadap anggota tentera dan mereka yang melakukan perkara tersebut perlu dibawa ke muka pengadilan.

*********************************************************************************

TAK SAMPAI 24JAM : MUKA ANGGOTA NAVY MEMBELASAH MATI RAKANNYA DIDEDAH @NajibRazak @HishammuddinH20 @mykamarul

Belum pun sampai 24 jam entri ADC dedahkan mengenai kematian seorang anggota Navy akibat dibuli dipercayai rakan setugas yang masing-masing berpangkat pegawai dan lain-lain pangkat, inbox email ADC menerima foto wajah anggota navy yang dipercayai terlibat membuli sehingga mati LK I PAP ASRUP BIN RAIDIN.

Siasat anggota ini jika didapati terlibat seperti dakwaan.



Maklumat pengirim email ADC terpaksa dirahsiakan, ini kerana bagi menghormati maklumat pembaca blog ADC.

Jika benar wajah ini anggota navy yang terlibat,maka pihak TLDM dan pihak polis sudah mudah untuk memulakan siasatan.

Tolong siasat seadil-adilnya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan