KOREAPICANTO

Mata

23 Mei 2014

ASET PENTING PENGUNDI TELUK INTAN #prktelukintan

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 58, daripada DAP, pada 1 Mei lalu. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Leong Peng mengalahkan Siew Keong dan calon Bebas K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.


Dato' Mah Siew Keong merupakan calon pilihan tepat kerana merupakan anak tempatan yang mempunyai latar belakang berpendidikan tinggi. Selain itu, Presiden Gerakan itu cukup berpengalaman kerana telah menjawat dua jawatan Timbalan Menteri melibatkan Kementerian Perdagangan, Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, bermula dari 2004 hingga 2008.

"Presiden Gerakan tak pernah tiada yang tidak menjadi Menteri. Lima puluh tahun dahulu, pemimpin di sini merupakan Menteri Kesihatan. Jadi, peluang ini bukan datang sekali dua kepada kita, inilah masanya, jangan tolak tuah Allah yang hendak berikan kepada kita."

Bersandarkan dasar-dasar kerajaan yang prihatin terhadap rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar dan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yakin, faktor itu akan mendorong pengundi Teluk Intan untuk memilih BN. Kerajaan juga bukan sahaja menekankan soal pendidikan kerana telah memberi peruntukan tertinggi kepada Kementerian Pendidikan, malah akan lancarkan DANA PASAR MALAM sebanyak RM100 juta tidak lama lagi bagi membolehkan pinjaman sehingga RM30,000.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan