Siapa calon sebenarnye ni?, Calon disekat bersuara?, Bersuara plak ikut skrip big boss..., Ingkar kalu, x leh jadi Calon aaaa...Biarlah jadi barua & munafik...Asalkan jadi calon...itu pegangannya...
Tolak Hudud ?
DAP meneruskan kempen anti hudud apabila mengancam menamatkan hubungan dengan PAS, jika meneruskan hasrat melaksanakan undang-undang syariah itu. Akibat dari sergahan Dap tersebut, akhirnya Pas terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa Penentangan calon DAP Teluk Intan terhadap hukum hudud tidak mengendurkan sokongan pemimpin PAS kepadanya pada Pilihan Raya Kecil(PRK) Parlimen Teluk Intan di muka depan akhbar pro Pakatan semalam.
Naib Presiden PAS,Salahuddin Ayub, berkata sokongan PAS kepada Setiausaha Politik Penasihat DAP,Lim Kit Siang itu, adalah tanda persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang. “Tidak timbul sebarang masalah untuk PAS memberi sokongan walaupun Dyana Sofya menolak hudud kerana dia memang lahir daripada DAP.
Persoalannya di sini, 'Apakah PAS sanggup bersubahat dengan DAP meredhokan seorang Islam menolak Hukum hudud dengan memaksa ahlinya mengundi Dyana?'. Pendirian DAP yang menentang pelaksanaan hukum hudud adalah amat jelas dan tidak berubah. “Kita tegas dalam hal ini dan tidak akan benarkan hudud dilaksanakan dalam negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan