Para penyokong yang menunggu ketibaannya dengan setia di program ceramah bukan hanya mahu melihat tuan punya badan, tapi untuk mendengar buah fikirannya.
Dyana bagaimanapun hanya muncul untuk berucap selama kira-kira lima minit, sebelum bergegas ke lokasi lain.
Ucapannya juga disediakan dengan rapi, berdasarkan nota kecil yang tidak lekang dari tangannya.
Setiap beberapa saat, beliau akan meneliti notanya sebelum meneruskan ucapan. Di setiap acara, beliau akan mengulangi mesej sama, malah dengan pengucapan dan lenggok penyampaian yang seragam.
Para penyokong berkenaan biasanya juga akan memberi sorakan paling kuat untuk pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap sebelum atau selepas beliau.
Penyokong berkenaan diperhatikan akan bersorak dan bertepuk tangan dengan kuat apabila Dyana naik ke pentas untuk diperkenalkan.
Namun, ucapannya selepas itu gagal mengekalkan reaksi sama dari khalayak yang hadir.
Dyana juga dilihat amat berhati-hati ketika berinteraksi dengan para hadirin, apabila suaranya tidak lagi ditenggelami sorakan dari peminat yang mengagumi rupa parasnya.
Dyana sebenarnya lebih diberi publisiti dari kelayakkan sebenarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan