KOREAPICANTO

Mata

28 Mei 2014

BODOH PUNYA ORANG... for sake la jangan nak jadi BACUL pukul wargamas yang mencari rezeki

 

Seorang ahli wanita Parti Progresif Penduduk (PPP), K. Chinnamma, 58, mendakwa ditendang di kaki kanan selain ditumbuk di leher oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika melakukan bancian untuk parti itu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di Taman Desa Aman, Batu 6 di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 1.50 petang itu, mangsa bersama tiga rakannya daripada Cawangan PPP Changkat Jong mendakwa didatangi oleh suspek berkenaan yang tiba-tiba muncul menaiki sebuah motosikal. Chinnamma yang merupakan seorang suri rumah dan mempunyai 10 orang anak berkata, suspek bertindak menarik kolar bajunya selain mengugut untuk merosakkan dua motosikal yang dinaiki mereka.

"Dia kata, 'You pakai baju Barisan Nasional (BN) kenapa datang rumah saya? You orang MIC ke?'.. Dia terus mengambil pasu bunga dan melemparkan ke tanah, namun nasib baik tidak mengenai saya.
"Saya berasa sungguh takut, malah tiga rakan saya yang lain telah sempat melarikan diri ketika itu," katanya ketika ditemui pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Wanita PPP negeri, Jennifer Leong Pe Lee berkata, beliau tidak menyangka kejadian tersebut akan berlaku disebabkan insiden berkenaan merupakan kali pertama berlaku ke atas mereka.

Sehubungan itu, Jennifer meminta pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut memandangkan mereka hanya ditugaskan untuk membuat bancian di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Nova Scotia di sini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, polis merakamkan keterangan mangsa bersama rakan-rakannya setelah satu laporan polis telah dibuat pada pukul 2.20 petang semalam.

Beliau berkata, hasil keterangan doktor menyatakan mangsa telah disahkan mengalami kecederaan tisu lembut.