KOREAPICANTO

Mata

28 Mei 2014

Kehebatan DAP mengawal PAS sehingga boleh bermain dengan hukum Allah...

 
 
TIDAK terkejut jika benar apa yang dinyatakan oleh Presiden PAS Malaysia, Hadi Awang dua malam sudah di dalam ceramahnya bersama DAP di Teluk Intan. Rakyat pun sudah sedia maklum dengan sikap bermuka-muka pemimpin yang konon memperjuangkan Islam ini walau menolak Islam sekalipun.
Polsas (Politik suku, Agama suku) inilah yang menjadi sandaran kepada PAS sejak sekian lama. Semenjak berjaya memerintah Kelantan PAS meletakkan undang-undang hudud dalam setiap manifestonya menjelang pilihanraya.Malah tidak hairanlah apabila di Teluk Intan, mereka berlembut hati dengan DAP agar undi mereka tidak pecah.
Sedangkan PAS sendiri meletakkan hukum mengundi BN kerana menolak hudud. Masakan mereka tidak boleh berbuat benda yang serupa kepada DAP. Adakah kerana DAP itu parti kafir dan sekaligus ahli DAP berbangsa Melayu turut jatuh hukum kafir?
Jika DAP menolak hudud PAS tidak mengapa kerana mereka tidak faham Islam. Tetapi jika UMNO itu menangguhkan perlaksanaan hudud terus jatuh hukum halal darahnya.
Berkenaan hukum memang PAS lebih hebat dari ulama'. Sehinggakan Dyana Sofya yang tidak bertudung juga dikatakan masuk syurga kerana bersama-sama pakatan menjatuhkan kerajaan yang zalim.

1 ulasan:

  1. What is the Best Casino? ➤ Choose Top Rated Online
    The best 토토 사이트 직원 모집 casino for Canadian players. Learn how 마틴 게일 to make real money online and find 삼성 코엑스 top-rated 예스 벳 casinos 버 슬롯 with generous bonuses and high

    BalasPadam