KOREAPICANTO

Mata

5 Ogos 2014

POlitik atau KONflik

McDonald’s Malaysia menegaskan bahawa pihaknya tidak menyalur sebarang hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada rangkaian restorannya untuk menyokong sebarang kempen bersifat politik atau konflik yang berlaku di dunia.

Penjelasan itu dibuat berikutan isu boikot yang dilakukan ke atas rangkaian restoran makanan segera itu sejak berlakunya tindakan ketenteraan Israel terhadap Palestin. 

Sambil melahirkan rasa sedih ke atas apa yang berlaku di Palestin, Ahli Lembaga Pengarah dan juga Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, Wan Mohd Zam Wan Embong, berkata apa yang berlaku di Gaza adalah satu krisis kemanusiaan dan kesedihan mengenainya adalah sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. 

Saya dimaklumkan tidak ada satu entiti atau individu yang memiliki saham melebihi 10 peratus. Ingin saya jelaskan royalti, sebanyak lima peratus itu diberikan sebagai balasan untuk menjalankan perniagaan ini. Apa yang perlu diingat adalah lebih 90 peratus daripada pulangan akan kembali semula ke Malaysia dalam pelbagai bentuk. Boikot ini pada saya menutup rezeki anak tempatan untuk bekerja dengan syarikat berjenama besar antarabangsa, kita tidak seharusnya menutup peluang buat anak tempatan untuk bersaing dan berjaya di syarikat ternama," Wan Mohd Zam Wan Embong, Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia

“Apabila berlaku kejadian ini, amat malang bagi kami di McDonald’s Malaysia kerana ada pihak menjadikannya alasan untuk memboikot dan kami menjadi sasaran utama dengan dakwaan oleh pihak terbabit mengatakan kononnya McDonald’s itu dimiliki oleh pemilik berbangsa Yahudi”.

“Tuduhan ini tidak adil dan saya ingin menjelaskan bahawa kami adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dan diuruskan oleh anak tempatan.

“Walaupun pemegang saham kami adalah McDonald’s Corporation yang berpangkalan di Amerika Syarikat, tetapi syarikat kami adalah McDonald’s Malaysia. Syarikat ini juga dikenali sebagai Golden Arches Restaurants Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia yang mana penubuhan syarikat dan undang-undang syarikat yang terpakai di syarikat kami adalah berlandaskan undang-undang negara ini,” tegasnya.

Wan Mohd Zam berkata, hubungan antara McDonald’s Malaysia dan McDonald’s Corporation adalah atas dasar hubungan komersial yang mana pihaknya membayar royalti sebanyak lima peratus di atas hasil jualan. 
Katanya, pembayaran royalti sememangnya biasa terdapat dalam mana-mana kontrak perjanjian perniagaan menjalankan perniagaan secara francais. Maka ianya adalah bukan sesuatu yang luar biasa.

Berikutan pemboikotan itu dan atas dasar tanggungjawab, McDonald’s Malaysia menghubungi McDonald’s Corporation untuk mendapatkan penjelasan serta maklumat terperinci mengenai dakwaan itu.

Syarikat pegangan awam

McDonald’s Corporation menjelaskan bahawa ia adalah sesuatu yang tidak benar dan syarikat induk itu bukan milik individu atau kaum tertentu, sebaliknya sebuah syarikat pegangan awam dan sahamnya didagangkan di Bursa Saham New York sejak tahun 1965.

“Jumlah pemegang sahamnya adalah sangat besar dan terdiri daripada pelbagai latar belakang. Pada Mac 2014 lalu, saya dimaklumkan bahawa terdapat lebih daripada 1.8 juta pemegang saham.

“Saya dimaklumkan tidak ada satu entiti atau individu yang memiliki saham melebihi 10 peratus. Ingin saya jelaskan royalti, sebanyak lima peratus itu diberikan sebagai balasan untuk menjalankan perniagaan ini. Apa yang perlu diingat adalah lebih 90 peratus daripada pulangan akan kembali semula ke Malaysia dalam pelbagai bentuk,” katanya.

Dengan rasa penuh kecewa, Wan Mohd Zam berkata, dia tidak faham kenapa mereka dipalitkan dengan kononnya sokongan ke atas mana-mana kaum tertentu, sedangkan McDonald’s Corporation dimiliki ramai pemegang saham.

“Boikot ini pada saya menutup rezeki anak tempatan untuk bekerja dengan syarikat berjenama besar antarabangsa, kita tidak seharusnya menutup peluang buat anak tempatan untuk bersaing dan berjaya di syarikat ternama.

“Pelbagai bentuk tohmahan dan fitnah dilemparkan kepada kami berkaitan boikot ini. Pelbagai cara dibuat untuk menangkis tohmahan ini, tetapi tidak tahulah kenapa setakat ini ia tidak dipedulikan,” katanya sambil menjelaskan bahawa mereka ini adalah insan yang ditimpa musibah akibat daripada sebaran tohmahan dan fitnah terbabit.

Menurut Wan Mohd Zam, lebih 95 peratus kakitangan McDonald’s Malaysia termasuk pengarah adalah rakyat Malaysia dan ini tidak termasuk pekerja yang berurusan dengan rantaian bekalan mereka. 

Beliau berkata, adalah tidak adil sama sekali untuk mana-mana pihak menjadikan kami di Malaysia, termasuk pekerja dan francaisi sebagai mangsa untuk meletakkan kemarahan dan kekecewaan ke atas mana-mana pihak di negara lain.

Bertuah ada pelanggan setia

“Saya hendak menyatakan dengan tegas beberapa perkara bahawa kami adalah anak tempatan yang menyayangi negara ini. Walaupun kami bekerja untuk satu jenama antarabangsa bagi melangsungkan kehidupan kami, tetapi kesetiaan kami terhadap negara tidak berbelah bahagi. Kami bukan warganegara Amerika Syarikat, kami tidak ada kesetiaan pada mana mana negara selain Malaysia,” katanya.

Kesan boikot sememang sedikit sebanyak menjejaskan sedikit pulangan. Bagaimanapun, McDonald’s Malaysia masih bertuah kerana mempunyai pelanggan setia yang tidak mudah termakan tohmahan dan fitnah.

Katanya, boikot ini akan memberi kesan buat francaisi yang bekerja keras membangunkan perniagaan McDonald’s dengan menggunakan wang simpanan dan pinjaman.

Dengan penuh simpati, beliau berkata, boikot ini sangat memberi kesan kepada francaisi kerana mereka bukan pekerja McDonald’s, sebaliknya usahawan tempatan yang melabur dengan jumlah besar tetapi akhirnya menjadi mangsa boikot.

Akibat daripada boikot ini ada seorang francaisi beragama Islam disisih di masjid, manakala anaknya disisih oleh rakan dan guru di sekolah. Terdapat pekerja yang disisih rakan. Ada juga dituduh sebagai pembunuh dan pelbagai lagi.

Beliau juga menjangkakan bahawa memandangkan boikot ini menyentuh tohmahan yang menyentuh sensitiviti agama, terdapat kemungkinan golongan Bumiputera beragama Islam yang berkelayakan akan menyisihkan diri daripada memohon untuk menjadi francaisi.

“Ini akan menjejaskan harapan kami untuk mempunyai francaisi yang mewakili setiap kelompok masyarakat, tambah-tambah lagi dalam saat kritikal kini yang mana McDonald’s Malaysia sedang mengembangkan bilangan francaisi dengan pesat.

“Adalah juga satu ironi bahawa dalam kita menangisi krisis kemanusiaan di Gaza, kita membuat tohmahan dan menyakiti hati dan perasaan saudara kita di negara ini, walhal mereka juga menangisi krisis kemanusiaan itu.”

Mengulas isu halal, beliau berkata pihaknya turut menerima tohmahan termasuk apa yang diperkatakan oleh Jamie Oliver bahawa daging burger McDonald’s menggunakan ammonium hidroksida.

Katanya proses itu tidak pernah berlaku di Malaysia kerana pihaknya menjual daging yang halal, punca bekalan daripada pembekal halal serta tidak pernah mengamalkan cara pemprosesan berkenaan, dan ia tidak pernah berlaku dalam sejarah McDonald’s Malaysia.

Daging untuk McDonald’s Malaysia dibekalkan daripada Australia, manakala pembekal utama ayam adalah pembekal tempatan iaitu Dinding. 

Patuhi prosedur halal

Kilang memproses burger iaitu MacFood terletak di Shah Alam. Kilang ini menjalankan proses sangat rapi dan teliti dalam aspek penyediaan makanannya, terutama aspek kebersihan yang sangat teliti. 

McDonald’s mengamalkan halalan toyibban, daripada peringkat awal bermula daripada penyembelihan, pemprosesan, pembekalan, malah nama produk juga perlu disahkan oleh JAKIM.

“Kami mengikut prosedur halal dalam segenap segi mengikut piawaian JAKIM. Setiap bahan dalam produk kami mesti disahkan halal dan mempunyai sijil halal dan ia sangat ketat.

“Kadang kala masyarakat tidak nampak betapa kami sangat menitikberatkan halal dalam perniagaan kami. Halal menjadi satu perkara yang menjadi kebanggaan dan kegembiraan buat kami.

“Kami tidak akan sekali membiarkan berlakunya perkara yang mengganggu gugat status halal ini. 

Ingin saya maklumkan bahawa McDonald’s Malaysia adalah Restoran Perkhidmatan Segera pertama

1 ulasan:

  1. Casino Near Me - MapYRO
    Casino Near 경상남도 출장마사지 Me in Maricopa 대전광역 출장안마 Arizona. MapYRO is the best source for information and road conditions in Maricopa, AZ. 의정부 출장마사지 Get 시흥 출장안마 road conditions, driving directions, 김포 출장마사지

    BalasPadam